Sudah diketahui bahawa NLP adalah aplikasi atau tool untuk mencapai outcome. Aplikasi NLP juga sangat berkesan untuk digunakan dalam pelbagai keadaan. Saya ibaratkan orang yang menggunakan aplikasi NLP seperti berdiri dibawah sebatang pohon rendang yang berbuah, kita mempunyai maksud untuk memetik buah itu untuk memakannya. Apa yang perlu adalah kita memetik buahnya dan kita bebas memetik dari dahan yang berbeza tetapi mendapat hasil rasa yang sama.
Pohon rendang itu adalah ibarat keseluruhan NLP. Dahan yang berbeza itu pula adalah diibaratkan aplikasi NLP dan buah yang dipetik itu adalah outcomenya. Kita hanya perlu menggunakan aplikasi NLP mengikut outcome yang kita kehendaki dan hasil yang kita perolehi adalah kepuasan kerana apa yang kita inginkan tercapai.